Kontroversi Wajah Berbalut, The Weeknd Akhirnya Buka Mulut - Glam Malaysia
Kontroversi Wajah Berbalut, The Weeknd Akhirnya Buka Mulut

Kontroversi Wajah Berbalut, The Weeknd Akhirnya Buka Mulut

Pelantun lagu In Your Eyes, The Weeknd dijadualkan membuat persembahan di Super Bowl LV Halftime Show pada hari Ahad, 7 Februari ini.

Namun sebelum menjejak kaki ke pentas, ada sesuatu yang ingin dikongsikan The Weeknd, yang menjadi teka-teki di kalangan peminat selama berbulan-bulan.

Bintang kelahiran Kanada ini membuat pendedahan mengenai balutan wajah yang ditampilkan dalam fotonya kebelakangan ini, juga sewaktu membuat persembahan di American Music Awards tahun lalu.

“Maksud balutan wajah tersebut adalah cerminan budaya tidak masuk akal selebriti Hollywood dan mereka yang memanipulasi diri sendiri demi alasan dangkal untuk memuaskan pihak lain atau kerana mahu diri diterima,” dia menjelaskan panjang lebar dalam satu wawancara bersama Variety.

Visual dalam single terbaharu, Save Your Tears merupakan kesinambungan transformasi fizikal The Weeknd daripada video sebelumnya,Too Late.

Menerusi Save Your Tears, penyanyi ini mendedahkan wajah yang kelihatan bengkak, hidung bengkok, tulang pipi terlebih tajam dan kesan parut di tepi wajah, seolah-olah kesan pembedahan plastik yang gagal.

Payoff: The Weeknd revealed his bandaged face at the 2020 AMAs was a setup for his latest creepy aesthetic when the Canadian crooner dropped his Save Your Tears music video on Tuesday

“Ia merupakan rantaian dan kita melihat semua karakter berkembang sehingga mencapai tahap paling bahaya dan tidak munasabah seiring perkembangan jalan cerita,” ujarnya.

See also
Kembara Rising East Bersama Japan Airlines

Berbicara mengenai penampilan wajahnya yang semakin tidak menarik di dalam video, The Weeknd menambah:

“Saya rasa anda boleh menganggap bahawa tampil menarik bukan sesuatu yang penting bagi saya. Apa yang menarik adalah jalan cerita yang hebat.”

Pada masa sama, penyanyi ini turut mengumumkan jelajah kembara globalnya yang pertama, After Hours World Tour yang dijadualkan pada tahun 2022.

Ia bakal bermula pada 14 Januari di Vancouver di Pepsi Live at Rogers Arena, kemudian di Chicago, Dallas, Los Angeles, Miami, Paris, Berlin dan pelbagai lokasi lain, sebelum berakhir di The O2, London pada 16 November. 

Foto: Emma McIntyre/AMA2020/Getty Images

Baca: Jennifer Lopez Bidas Netizen, “Ini Wajah Sebenar Saya!”