Use your ← → (arrow) keys to browse
Selain itu, mereka juga akan menayangkan konsert-konsert sebelumnya secara percuma di saluran YouTube rasmi termasuk Live Trilogy Ep. 1 BTS Begins (Memories of 2015), BTS 5th Muster (Magic Shop) in Busan, dan BTS World Tour: Speak Yourself in Sao Paulo.
Ini merupakan konsert maya ketiga kumpulan K-Pop ini. April tahun lalu, mereka menganjurkan konsert dua hari buat julung kalinya yang memberikan ‘pengalaman konsert BTS di rumah’.
Tujuannya adalah untuk menceriakan peminat di seluruh dunia yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan menggalakan mereka untuk duduk di rumah. Ia juga sebagai usaha kumpulan itu selepas terpaksa membatalkan jelajah kembara Map Of The Soul.