Use your ← → (arrow) keys to browse
Tanpa menunggu lama, Kim menafikan tuduhan itu dan mendedahkan anak lelakinya Saint, 5 tahun dijangkiti virus tersebut daripada salah seorang rakan di sekolah yang disahkan positif sebelum menyebarkannya kepada seluruh ahli keluarga.
Dia mula menghidapi simptom setelah Saint batuk di hadapannya, namun anaknya itu tidak menunjukkan simptom utama selain demam biasa.
“Kami membuat ujian calit untuk anak-anak seminggu sekali kerana mereka perlu ke sekolah. Jadi seorang kanak-kanak disahkan positif dan Saint ada bermain berdekatan dengannya.
“Jadi apabila anak saya dijangkiti Covid, saya sangat risau. Dia kerap menangis dan batuk, namun saya tidak mahu menakutkan ahli keluarga lain. Saya terpaksa mencari jalan apa perlu dibuat terutamanya dengan kehadiran tiga lagi anak lain,” katanya.