Use your ← → (arrow) keys to browse
Seorang pengguna Twitter menulis, “Ini perbuatan yang tidak menghormati agama kita. Anda bolah pakai apa sahaja yang dimahukan, tetapi apabila memasuki tempat suci, anda perlu bersederhana dan menghormati agama serta tradisi.”
“Saya bukanlah kuat agama, tetapi saya dapati ini perbuatan biadab,” seorang lagi menulis.
Hakikatnya panduan pemakaian ke kediaman Pope yang juga merupakan ibu pejabat Gereja Katolik Roman itu sangat ketat dan pelawat dilarang menyarung persalinan yang mendedahkan lutut, bahu mahupun dada.
Namun apa yang disarung Kim jelas melanggar etika. Dress jarang yang dipakainya mendedahkan bahu dan menampilkan cutouts di bahagian pinggang. Rakyat biasa juga tidak lagi digalakkan menyarung renda putih kerana ia dikhaskan untuk kerabat Diraja Katolik.