Use your ← → (arrow) keys to browse
Ketika melancong ke Rom, Itali bersama supermodel Kate Moss baru-baru ini, Kim Kardashian tidak melepaskan peluang untuk berkunjung ke kediaman rasmi Pope, Vatican City.
Kate tampil klasik dalam little black dress, manakala Kim pula kelihatan glamor dalam dress ketat rona putih yang mendedahkan bahu dan sebahagian kulit di pinggang.
Pengasas Skims itu berkongsi fotonya di Twitter dan ia dengan pantas mengundang kritikan daripada peminat. Ramai mempersoalkan pemilihan pakaiannya yang dikatakan melanggar etika untuk masuk ke tempat yang dianggap suci.