Use your ← → (arrow) keys to browse
Beberapa portal media mendedahkan, pengasas Skims itu telah berhubung dengan Alex sejak beberapa bulan lalu dan sedang mempertimbangkan cadangan ibunya secara serius. Dia sememangnya sedang mencari teman hidup yang secocok dengan status dan tahap kewangannya.
Jelas satu sumber, Kris inginkan bakal menantu yang boleh meluangkan banyak masa bersama Kim dan keluarga, bukannya seseorang yang sering menjelajah dan suka mencetuskan drama seperti Kanye. Malah dia yakin Kim dan Alex akan menjadi ‘the new golden couple of America’.
Namun menurut sumber terdekat keluarga Kardashian-Jenner, Kim dan JLo mempunyai ikatan persahabatan yang erat. Justeru angan-angan Kris ini nampaknya tidak akan menjadi kenyataan.