Use your ← → (arrow) keys to browse
Baru-baru ini Kim Kardashian mendedahkan pengalamannya berdepan dengan agorafobia dan kesukaran yang dihadapinya ketika pandemik bermula awal tahun lalu.
Menerusi satu video Keeping Up With The Kardashians, Kim dilihat berbincang mengenai agorafobia atau kegelisahan melampau yang dialami kepada adiknya, Khloe.
Agorafobia adalah sejenis gangguan kerisauan di mana seseorang berasa takut dan cuba mengelakkan tempat atau situasi yang mungkin menyebabkan panik dan membuat dirinya berasa terperangkap, tidak berdaya atau malu.