Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih empat dekad melibatkan diri dalam dunia hiburan Hollywood, kerjaya Bruce Willis sebagai anak seni menemui titik noktah.
Dua hari lalu ahli keluarga Bruce termasuk isterinya, Emma Heming Willis dan bekas isteri, Demi Moore berkongsi tahap kesihatan terkini bintang Die Hard itu yang mengakhiri perjalanannya sebagai pelakon.
Menerusi satu kenyataan bersama yang dimuat naik di Instagram, Bruce dilaporkan didiagnos dengan penyakit afasia – masalah kesihatan yang menjejaskan keupayaan seseorang untuk bercakap, menulis dan mentafsir bahasa secara vokal mahupun bertulis. Ia biasanya berlaku selepas diserang strok atau gegaran otak.
“Kepada semua penyokong setia Bruce, sebagai keluarga kami ingin berkongsi bahawa Bruce telah lama berdepan dengan masalah kesihatan dan baru-baru ini didiagnos dengan afasia yang memberi kesan terhadap keupayaan kognitifnya.”