Use your ← → (arrow) keys to browse
Kendall Jenner bukanlah gadis muda 25 tahun yang tipikal.
Selain bergelar supermodel terkaya dunia dan pemilik jenama minuman keras 818 Tequila, Kendall kini turut meluangkan masa sebagai Pengarah Kreatif jenama e-dagang mewah, FWRD.
Dia mengumumkan peranan terbaharunya kepada komuniti fesyen menerusi satu hantaran di Instagram.
“Sebagai Pengarah Kreatif FWRD yang baru, saya teruja untuk mempelajari lebih lagi dan membantu menguruskan segala yang ditawarkan laman web itu bersama barisan pereka fesyen dan jenama baharu,” tulisnya.