Use your ← → (arrow) keys to browse
Kendall Jenner sekali lagi mendakwa kehidupan glamor dan rancangan realiti keluarganya memberi cabaran hebat kepada dirinya untuk bergelar model.
Dalam bahagian kedua reunion istimewa Keeping Up With The Kardashians (KUWTK), Kendall berkata dia menghargai keistimewaan yang diterima menerusi rancangan itu namun mengakui, “Orang tidak mahu mengambil saya bekerja kerana terlibat dalam rancangan realiti televisyen.”
Pada 2014, supermodel ini mencetuskan kontroversi apabila mendedahkan kepada majalah Love bahawa kemasyhuran yang dimiliki membawa keburukan buat kerjayanya.