Use your ← → (arrow) keys to browse
Sandra Lim membawa nama baik Malaysia ke persada dunia apabila tersenarai di dalam tempat 30 teratas untuk pertanding Miss Univers 2024 yang bakal dianjurkan di Mexico.
Setelah 53 tahun, nama Malaysia akhirnya bakal kembali di pertaningan Miss Universe tahun ini. Baru sahaja berusia 24 tahun, Sandra Lim membawa nama Malaysia ke serata dunia dan bakal mewakili negara ke pertandingan Miss Universe 2024. Ratu Cantik Malaysia ini bakal ke Mexico untuk bertanding bersama nama-nama lain dari seluruh dunia. Mari kita kenali Ratu Cantik Malaysia ini dengan lebih mendalam bersama GLAM!
#1 Mula Menyertai Pertandingan Kecantikan Sejak Tahun 2022
Sandra pertama kali mendapat perhatian ketika meraih gelaran Miss Global Malaysia pada tahun 2022, ketika baru berusia 22 tahun. Pada tahun yang sama, Sandra menyertai pertandingan Miss Global antarabangsa di Bali, Indonesia dan memperoleh tempat kedua. Pada tahun ini, Sandra Lim mewakili negeri Selangor ke pertandingan Miss Universe Malaysia 2024. Dia bersaing bersama 16 calon dari negeri lain di Kuala Lumpur. Sandra kemudian memenangi gelaran Miss Universe Malaysia 2024 menggantikan tempat Serena Lee dari Kuala Lumpur.