Use your ← → (arrow) keys to browse
“Semua orang tahu penampilan pengacara Nona sentiasa anggun dan elegan. Saya memilih untuk tampilkan sedikit kelainan, masih mengekalkan keanggunan tetapi akan diselit dengan karakter cheeky dan penyampaian yang lebih santai,” ujarnya.
Selain Amyra, dua lagi selebriti baharu dipilih untuk mengendalikan program siaran TV3. Penyanyi Sissy Iman bakal menggantikan Daiyan Trisha dalam rancangan Muzik-Muzik di samping Alif Satar, manakala Nabila Huda pula bakal tampil solo dalam Melodi menggantikan Janna Nick dan Awal Ashaari.
Amyra akan membuat penampilan sulung sebagai pengacara Nona pada 8 Ogos ini.