Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya terkejut apabila ditawarkan peluang untuk mengendalikan program Nona yang sangat besar dan sememangnya dikenali ramai.
“Sejak dulu lagi saya memasang impian untuk bergelar pengacara namun ragu-ragu. Apabila peluang ini datang, saya buang perasaan takut dan memilih untuk mencabar diri sendiri.
“Bidang ini adalah sesuatu yang baru buat saya. Saya juga ingin keluar dari zon selesa sebagai pelakon dengan menimba ilmu baharu,” tambahnya.
Jelas Amyra, dia ingin menampilkan kelainan dalam rancangan ini dengan memilih pendekatan yang santai supaya terasa lebih dekat dengan penonton.