Kek Perkahwinan Raja Charles III & Puteri Diana Dilelong Pada Harga Mampu Milik - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Kek Perkahwinan Raja Charles III & Puteri Diana Dilelong Pada Harga Mampu Milik

Kek Perkahwinan Raja Charles III & Puteri Diana Dilelong Pada Harga Mampu Milik

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Apa yang membuatkan kek itu lebih istimewa adalah barang lain yang dilelong bersamanya. Salah satunya adalah nota peribadi daripada Raja Charles III dengan tulisan tangan tersendiri yang sering dilihat dalam memonya kepada pegawai kerajaan, dikenali sebagai ‘black spider’.

Walau berada dalam simpanan Nigel, ia ditujukan kepada rakan sekerjanya bernama Peter. Dalam nota tersebut, baginda merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan istana kerana menghadiahkan sebuah meja tulis sempena hari perkahwinannya.

“Saya dan Diana amat tersentuh kerana anda bersusah payah menghadiahkan kami sesuatu yang sangat berguna, dan saya memberi jaminan bahawa kami akan menghargainya walau di kediaman mana pun ia diletakkan,” tulisnya, diakhiri dengan tanda tangan “Charles”.

Surat itu akan mula dilelong pada harga RM795 manakala kek perkahwinan pula RM1,591. Turut disertakan dalam lelongan itu adalah koleksi kad jemputan ke pelbagai acara dan pesta di Istana Buckingham yang dikumpul oleh Nigel selama menjadi pekerja istana.

Foto: Dore and Rees

Foto: Dore and Rees

 

See also
Senarai Pemenang Emmy Awards 2024

 

Foto: Getty Images/Dore and Rees

 

Baca: Putera William Dedah Momen Paling Menyedihkan Tentang Kematian Puteri Diana