Use your ← → (arrow) keys to browse
Walaupun rumah tangga Raja Charles III dan Puteri Diana berakhir pada tahun 1996, 23 potongan kek perkahwinan mereka masih berada di luar sana dan disimpan sebagai koleksi oleh peminat Diraja.
Pada 2014, sepotong kek perkahwinan yang diawet dan disimpan di dalam kotak terjual pada harga RM6,490 dan tahun lalu, sebiji kek beraising dengan hiasan ladam berjaya dilelong pada harga melebihi RM11,800.
Dua hari lalu, Daily Mail melaporkan bahawa syarikat Dore and Rees akan melelong sebuah kotak berisi kek buah dari lapisan bawah bahagian tengah kek perkahwinan lima tingkat bekas pasangan Diraja itu.