Kejutan Istimewa Daripada Intan Ladyana & Harris Alif Pada 1 Ramadan - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Kejutan Istimewa Daripada Intan Ladyana & Harris Alif Pada 1 Ramadan

Kejutan Istimewa Daripada Intan Ladyana & Harris Alif Pada 1 Ramadan

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Evie Khadeeja dilahirkan pada 31 Januari lalu pada pukul 11.40 malam hanya lima hari sebelum Intan dan Harris menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang pertama.

Pasangan itu disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 5 Februari 2021 selepas hampir setahun menjalin hubungan cinta.

Perbezaan usia 17 tahun nyata tidak menjadi penghalang buat mereka kerana “masing-masing tahu matlamat dalam perhubungan”, seperti yang dikongsikan Harris.

Intan pula mengakui tertarik dengan pelakon, pengacara dan penyanyi itu kerana kematangannya.

“Dia lebih matang daripada usia dan senang mahu berkomunikasi. Dia faham apa yang kita mahu sampaikan. Selalunya perbezaan umur ni susah nak berkomunikasi…tapi dengan dia tidak,” ujarnya.

 

Foto: Instagram

 

Baca: Pengalaman Perit Kylie Jenner Selepas Kelahiran Anak Kedua