Use your ← → (arrow) keys to browse
Pasangan penyanyi Hollywood paling sweet, Shawn Mendes dan Camilla Cabello berdepan detik ngeri apabila kediaman mereka dipecah masuk dua hari lalu.
Lebih mencemaskan, Shawn dan Camila sedang berada di dalam rumah agam milik mereka ketika kejadian tersebut berlaku. Seperti yang dilaporkan TMZ, perompak memecah masuk melalui tingkap.
Kegiatan berniat jahat itu terhenti apabila mereka menyedari pasangan itu berada di rumah. Namun malangnya salah seorang daripada perompak sempat mengambil kunci G-Wagon dan membawa lari kenderaan milik penyanyi Senorita itu.
Mujur Shawn dan Camila tidak dicederakan dalam insiden tersebut. Pihak polis telah pun dipanggil untuk menjalankan siasatan namun belum ada apa-apa penangkapan dibuat setakat ini.
Seperti yang anda tahu, pasangan lovebirds ini tinggal sebumbung sejak dua tahun lalu dan menjalani kuarantin bersama ketika pandemik Covid-19.