Kediaman Mewah Yang Pernah Didiami & Dimiliki Marilyn Monroe - Page 6 of 6 - Glam Malaysia
Kediaman Mewah Yang Pernah Didiami & Dimiliki Marilyn Monroe

Kediaman Mewah Yang Pernah Didiami & Dimiliki Marilyn Monroe

Tanggal 1 Jun 2023 menandakan ulang tahun kelahiran ke-97 Marilyn Monroe, jika dia ditakdirkan masih hidup hari ini.

Masih digelar simbol seks, Marilyn Monroe bermula sebagai model gambar tempel atau pin-up sebelum mengembangkan bakatnya ke layar perak. Terkenal dengan komedi seperti dalam filem Gentlemen Prefer Blondes (1953), dia merupakan salah seorang bintang 20th Century Fox yang paling mendatangkan keuntungan. Aktres itu menjadi tumpuan dalam jilid pertama majalah Playboy malah dikhabarkan menjalin hubungan sulit dengan Presiden John F. Kennedy. Sebelum maut akibat pengambilan dos barbiturat berlebihan ketika berusia 36 tahun pada 1962, Marilyn Monroe meninggalkan banyak kesan pada budaya popular - termasuk hartanah.

Glam senaraikan beberapa kediaman Marilyn Monroe yang kini bernilai jutaan ringgit.

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

RUMAH AGAM GAYA MEDITERRANEAN DI LOS ANGELES

Selepas perceraian ketiga pada 1961, Marilyn Monroe membeli sebuah kediaman gaya Mediterranean di kejiranan Brentwood, Los Angeles berharga RM346,000. Walaupun hidup berpindah-randah, ini merupakan satu-satunya hartanah yang dibelinya sendiri. Dibina pada tahun 1929, rumah seluas 2,100 kaki persegi itu dihiasi dengan rumput-rumput hijau, bunga-bungaan dan pokok sitrus. Disenaraikan pada harga RM31.9 juta tahun lalu, ia terletak di atas setengah ekar hartanah utama California Selatan dan menawarkan empat bilik tidur, pendiang berjubin Mexico dan kolam renang yang luas. Pada Ogos 1962, selepas empat bulan mendiami rumah itu, Marilyn Monroe ditemui tidak bernyawa dalam keadaan telangkup tanpa pakaian di atas katil dengan gagang telefon masih dalam genggamannya. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa roh Marilyn Monroe masih menghantui rumah agam itu sehingga kini.

rumah Marilyn Monroe

 

Foto: Flipboard

Baca: Bintang Bollywood Yang Berbelanja Puluhan Ribu Ringgit Sebulan Untuk Menyewa Kediaman