Kediaman Mewah Yang Pernah Didiami & Dimiliki Marilyn Monroe - Glam Malaysia
Kediaman Mewah Yang Pernah Didiami & Dimiliki Marilyn Monroe

Kediaman Mewah Yang Pernah Didiami & Dimiliki Marilyn Monroe

Tanggal 1 Jun 2023 menandakan ulang tahun kelahiran ke-97 Marilyn Monroe, jika dia ditakdirkan masih hidup hari ini.

Masih digelar simbol seks, Marilyn Monroe bermula sebagai model gambar tempel atau pin-up sebelum mengembangkan bakatnya ke layar perak. Terkenal dengan komedi seperti dalam filem Gentlemen Prefer Blondes (1953), dia merupakan salah seorang bintang 20th Century Fox yang paling mendatangkan keuntungan. Aktres itu menjadi tumpuan dalam jilid pertama majalah Playboy malah dikhabarkan menjalin hubungan sulit dengan Presiden John F. Kennedy. Sebelum maut akibat pengambilan dos barbiturat berlebihan ketika berusia 36 tahun pada 1962, Marilyn Monroe meninggalkan banyak kesan pada budaya popular – termasuk hartanah.

Glam senaraikan beberapa kediaman Marilyn Monroe yang kini bernilai jutaan ringgit.

1 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

DARI RUMAH ANAK YATIM KE STUDIO DI SHERMAN OAKS

Marilyn Monroe menghabiskan zaman kanak-kanaknya dari satu rumah anak ke yatim ke pusat jagaan anak angkat yang lain. Ini kerana ibunya, Gladys menghidap masalah kesihatan dan tidak berupaya untuk menjaganya. Gaya hidup berpindah-randah ini menjadi rutin buat aktres itu sepanjang hayatnya. Mendirikan rumah tangga pada 1942 ketika berusia 16 tahun, dia tinggal bersama suami, James Dougherty di flat studio di Sherman Oaks, California. Dia kemudiannya menetap bersama keluarga mentua di Van Nuys sewaktu suaminya berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua. Setelah popularitinya meningkat, dia memintai cerai dan mula hidup berdikari.

Kediaman mentua Marilyn Monroe di Van Nuys. Ia dirobohkan pada tahun 2015.