Use your ← → (arrow) keys to browse
Brooklyn dan Nicola mendedahkan percintaan mereka kepada umum pada Januari 2020 dan mengikat tali pertunangan pada Julai tahun yang sama.
Victoria dan suaminya, David Bekham berada di sisi pasangan itu ketika Brooklyn membuat lamaran, malah sempat merakamkan ucapan tahniah secara terbuka di Instagram.
Pada hari perkahwinan anak menantunya, ibu kepada tiga cahaya mata itu memuat satu hantaran di media sosial dengan menulis, “Congratulations Mr and Mrs Beckham X Welcome to the family.”
Brooklyn tidak banyak berkongsi mengenai konflik antara ibu dan isterinya dalam temu bual bersama Variety namun menegaskan semua ahli keluarganya serasi dan melayan satu sama lain dengan baik.