Use your ← → (arrow) keys to browse
Selain sibuk dengan kerjaya dan persiapan konsert yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 27 Ogos, vokalis kumpulan Hujan itu juga kini memberi lebih fokus kepada anak angkatnya, Musa.
Berkongsi pengalamannya sebagai bapa, Noh mengakui perasaan yang dialaminya begitu luar biasa.
“Perkataan cinta dan kasih sayang itu pada anak melebihi segalanya, berada di tahap langit. Saya baru menyedarinya. Anak saya semakin sihat, Alhamdulillah. Itu paling utama.
“Sekarang ini saya dan isteri memberi fokus lebih pada kesihatan anak. Setiap dua minggu sekali kami akan membawanya melakukan pemeriksaan,” katanya.