Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih sedekad bergelar suami isteri, timbul satu khabar angin yang mengatakan perkahwinan Noh Salleh dan Mizz Nina kini dilanda badai.
Desas desus itu muncul selepas beberapa ruangan forum di internet melaporkan Mizz Nina dirakam bercuti tanpa kehadiran Noh di sisi, malah kedua-duanya dikatakan jarang dilihat bersama kebelakangan ini.
Menjawab spekulasi tersebut, Noh menegaskan bahawa isu yang sedang bertebaran di media sosial itu hakikatnya tidak benar.
Malah dia hanya mengetahui khabar angin itu semalam selepas dimaklumkan oleh pihak pengurusannya sebelum sidang media Konsert 3 Generasi Noh Salleh, Spider dan XPDC berlangsung.
“Tiada komen. Ini semua tipu. Saya baru dapat tahu daripada Joe Shaiful (pengurus). Good luck. Apa yang boleh saya katakan ia adalah berita palsu,” jawabnya ringkas.