Use your ← → (arrow) keys to browse
Daniel turut berkongsi pengalamannya memperkemas tatu burung walit di belakang tubuh ibu anak satu itu.
“Saya berkunjung ke rumah Kate ketika sambutan ulang tahun kelahiran Sadie Frost beberapa tahun lalu dan mencacah tatu smiley di lengannya, juga memperkemaskan tatu lama yang telah pudar.
“Salah satunya adalah dua bintang kecil di lengannya, satu lagi adalah burung walit oleh Lucian Freud. Saya tidak mahu mengusik karya seni artis legenda itu, jadi saya hanya touch-up sedikit untuk menyerlahkannya kembali.”
Selain Kate dan Rita, Daniel telah mencacah ramai bintang terkenal antaranya pemain bola Inggeris, Raheem Sterling dan Jadon Sancho, juga penyanyi Mutya Buena dan Shola Ama.