Use your ← → (arrow) keys to browse
Penyertaan Kanye dalam pilihan raya 2020 juga dianggap malang kerana dikatakan menjadi punca keruntuhan rumah tangganya dengan Kim Kardashian.
Keputusannya berpindah ke Wyoming untuk memberi lebih perhatian kepada kempen hanya membuatkan dia berada lebih jauh daripada keluarga.
Dia juga melukakan hati bekas isterinya dengan berkelakuan melampaui batas sewaktu berkempen, mendedahkan kepada hadirin bahawa Kim bercadang menggugurkan kandungan pertama mereka.
“Terdapat pil dalam genggaman tangan isteri saya. Anda tahu, jika dia menelan pil tersebut, segalanya selesai – bayi saya meninggal dunia,” dedahnya.