Kanye West Hilang Status Bilionair Sekelip Mata - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Kanye West Hilang Status Bilionair Sekelip Mata

Kanye West Hilang Status Bilionair Sekelip Mata

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Selain Adidas, jenama lain yang menamatkan kerjasama dengan penyanyi itu berhubungan kenyataan anti-Semitiknya termasuk syarikat induk Balenciaga dan agensi bakat Creative Artists Agency.

Gap juga telah memindahkan produk Yeezy dari rak pakaian, menghentikan pengeluaran, dan menutup kedai atas talian Yeezy Gap serta-merta, manakala syarikat produksi MCR pula menolak untuk mengedarkan dokumentari terbaharu Kanye yang telah pun siap.

Begitu juga dengan majalah tersohor Vogue dan ketua pengarangnya, Anna Wintour yang memaklumkan baru-baru ini bahawa mereka tidak lagi berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan penyanyi itu di masa hadapan.

Sementara itu, Kim dan Khloé Kardashian dilihat memberi sokongan kepada komuniti Yahudi secara terbuka tanpa menyebut nama Kanye mahupun mengulas komennya secara langsung.

 

Foto: Getty Images

 

Baca: Kanye West Samakan Kim Kardashian Dengan Ratu Elizabeth II