Use your ← → (arrow) keys to browse
Siri yang menceritakan tentang kehidupan 21 tahun penyanyi itu akan diterbitkan oleh dua pembuat filem yang merupakan rakan usaha sama Kanye, Clarence Coodie Simmons dan Chike Ozah atau lebih dikenali sebagai Coodie & Chike.
Pasangan ini telah lama mendokumentasi perjalanan kerjaya dan kehidupan jutawan ini sejak awal tahun 2000-an, malah turut mengarah dua muzik videonya, Through the Wire dan Jesus Walks.
Coodie & Chike juga terkenal kerana menerbitkan dokumentari 30 for 30: Benji untuk ESPN pada 2012 yang berkisar tentang pemain bola keranjang Benjamin Wilson, video muzik untuk Lupe Fiasco dan Erykah Badu, juga dokumentari kehidupan bekas pemain bola keranjang profesional, Stephon Marbury yang berjudul A Kid From Coney Island pada 2019.