Kafe Mesti Kunjung: EL&N London Kini Di Kuala Lumpur - Glam Malaysia
EL&N

Kafe Mesti Kunjung: EL&N London Kini Di Kuala Lumpur

EL&N London kini membuka kafe di Malaysia dan menjadi cawangan pertama di Asia Tenggara. Kafe instagrammable ini harus anda kunjungi! 

Kerana terlalu tinggi permintaan, akhirnya EL&N London hadir ke Malaysia membuka unit kafe pertamanya juga merupakan kafe pertama mereka di Asia Tenggara ini. Bertempat di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur, kafe ikonik berwarna merah jambu ini tampil dengan dekorasi yang cantik dan cukup instagrammable sesuai buat penggemar kopi. Bukan sahaja hiasan dalaman kafe ini yang mencuri perhatian, seleksi minuman dan menu hidangan juga cukup menyelerakan.

EL&N

Di kafe ini, anda akan menyaksikan pohon cherry blossom, papan tanda slogan neon, serta jambakan bunga-bungaan menghiasi seluruh kafe termasuk di kiosk luar mereka. Dekorasi sebegini bakal menghangatkan lagi liburan anda baik bersama teman ataupun seisi keluarga. Dan jika ditanya tentang menu hidangannya pula, anda boleh dapati menu klasik dan ikonik yang dibawa khas dan terus dari London untuk anda mencubanya sendiri. Bukan itu sahaja, di kafe ini juga, mereka turut menyediakan menu hidangan istimewa yang hanya ada di cawangan Malaysia ini iaitu seperti Nasi Lamak Arancino serta minuman Pink Rose Spritz.

See also
Ratu Elizabeth II :“Operation London Bridge” Berkuatkuasa Hari Ini

Pengasas EL&N London, Alexandria Miller berkongsi,

Kami sangat teruja untuk membuka cawangan pertama di Kuala Lumpur, Malaysia. Hari ini menandakan kafe EL&N pertama di Asia Tenggara. Saya dan team sangat bangga malah seronok ingin membawa jenama ini ke serata dunia. Lokasi kafe ini juga adalah menjadi idaman saya dan kami yakin pengunjung Malaysia akan jatuh cinta dengan segala yang kami tawarkan. Daripada dekorasi dan hiasan dalaman yang unik hinggalah ke menu hidangan Eropah kami yang dicipta dengan selingan rasa lokal. Kami juga bekerja rapat bersama team di Kuala Lumpur semenjak tiga tahun yang lalu dan kini semuanya telah menjadi realiti. Kami tidak sabar untuk membuka pintu dan mengalu-alukan kedatangan pengunjung Malaysia dan merasai sendiri pengalaman di kafe kami!

EL&N secara rasmi dibuka pada hari Selasa, 18 Julai yang lalu di tingkat 3, Pavilion Kuala Lumpur dan bakal dibuka setiap hari bermula jam 8 pagi hingga 11 malam. Kunjungi Instagram mereka, @elan_cafe untuk informasi lanjut.

See also
Kejutan Ulang Tahun Kelahiran Daripada Harry & Meghan Markle Buat Kate Middleton

 

Pautan Berkaitan: Santai – 5 Lokasi Kafe & Restoran Hip Ideal