Jonah Hill Dedah Pergelutan 20 Tahun Dengan Serangan Keresahan - Page 3 of 3 - Glam Malaysia
Jonah Hill Dedah Pergelutan 20 Tahun Dengan Serangan Keresahan

Jonah Hill Dedah Pergelutan 20 Tahun Dengan Serangan Keresahan

3 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Aktor berusia 39 tahun itu turut menjelaskan lebih lanjut tentang keputusannya untuk tidak lagi membuat penampilan di mana-mana tayangan perdana filem buat masa ini, termasuk filem komedi terbaharunya, You People.

“Saya amat bersyukur kerana Stutz akan dipertontonkan kepada dunia pada musim luruh akan datang, dan tidak sabar mahu berkongsinya kepada anda semua dengan harapan ia dapat membantu mereka yang sedang bergelut dengan masalah serupa.

“Bagaimanapun, anda tidak akan melihat saya di luar sana mempromosikan filem ini atau mana-mana filem saya yang akan datang. Saya mengambil langkah penting ini untuk melindungi diri sendiri. Jika saya keluar bertemu orang ramai dan membuatkan penyakit saya menjadi lebih teruk, bermakna saya tidak bersikap jujur dengan diri sendiri mahupun filem tersebut,” tambahnya.

Dengan kenyataan ini dan dokumentari Stutz, Jonah berharap orang ramai akan lebih terbuka bercakap dan bertindak terhadap isu kesihatan mental demi meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.

 

Foto: Getty Images

See also
Taverna by The Tokyo Restaurant, Rasa Mewah Menu Jepun dan Perancis

 

Baca: Pengalaman Putera William Bergelut Dengan Kesihatan Mental