Use your ← → (arrow) keys to browse
“Saya telah selesai mengarahkan filem kedua saya berjudul Stutz, dokumentari mengenai diri saya dan pakar terapi yang menerokai kesihatan mental secara umum. Tujuan utama pembikinan filem ini adalah untuk memberi terapi dan alat yang saya pelajari semasa sesi terapi kepada penonton di luar sana untuk kegunaan peribadi melalui sebuah filem yang menghiburkan.
Tambah Jonah, masalah serangan keresahan yang dialaminya bukanlah sesuatu yang baharu, malah hakikatnya telah tercetus sejak dua dekad lalu tanpa disedarinya.
“Dalam misi pencarian diri menerusi filem ini, saya menyedari bahawa saya telah menghabiskan hampir 20 tahun bergelut dengan serangan keresahan, yang menjadi lebih teruk ketika membuat penampilan di hadapan media dan acara yang melibatkan orang ramai,” ujarnya.