Use your ← → (arrow) keys to browse
Empat bulan selepas memenangi kes saman fitnah terhadap Amber Heard, kerjaya Johnny dalam industri hiburan dilihat terus mekar dan berkembang.
Selepas tampil dengan album kolaborasi bersama Jeff Beck berjudul 18, Johnny kembali menjadi tajuk berita apabila berjaya menjual koleksi karya seninya yang merangkumi 780 lukisan edisi terhad pada harga RM16 juta.
Kini dia terus mencuri perhatian apabila dilaporkan bakal bergelar sutradara sekali lagi selepas mengarahkan filem pertamanya, The Brave (1997) yang turut menyaksikan dirinya sebagai pelakon utama di samping Marlon Brando.