“Saya sentiasa merasakan kami seperti berada di dalam sebuah sarkas.” – Jordan Alexander Daripada Siri ‘Gossip Girl’ Baharu - Page 3 of 4 - Glam Malaysia
Use your ← → (arrow) keys to browse
Apakah pendapat anda semua mengenai media sosial kerana ia memainkan peranan yang penting dalam rancangan ini dan juga kehidupan seharian?
Whitney Peak: Saya merasakan semua orang mempunyai hubungan yang kompleks dengan media sosial. Saya membencinya, tetapi dalam masa sama ketika mula menggunakannya saya tidak boleh berhenti. Kini saya merasakan ia sebahagian daripada kerjaya saya. Apabila ianya sangat relevan dan dekat dengan kehidupan harian semua, ia akan digunakan dalam industri hiburan terutamanya. Ia seperti sebuah pengembaraan bersama media sosial ini. Saya pernah menyuruh rakan saya untuk menukar kata laluan dan menjauhkan saya daripadanya. Saya belajar hari ini semuanya akan menjadi lebih baik dalam kesederhanaan dan meminimakan apa yang dapat memberikan masalah nanti.
Jordan Alexander: Ya, saya setuju dengan Whitney. Seperti perkara lain, jika anda menggunakan secara berlebihan media sosial akan memberikan kesan kepada diri nanti. Jika anda menggunakannya dengan tujuan yang salah, seperti jika anda mengikuti akaun yang membuat anda berasa rendah dan tidak bagus, ia pasti memberikan impak yang negatif kepada anda. Manakala, terdapat juga perkara positif yang hadir daripada media sosial seperti dapat memberi kesedaran kepada orang ramai dan pengkongsian cerita. Ia mempunyai kedua-duanya. Oleh itu, kita semua perlu lebih berhati-hati dalam memilih apa yang patut dan tidak patut disaksikan.
Eli Brown: Terlalu banyak yang mahu saya kongsikan. Tetapi, jika kerjaya ini tidak memerlukan saya memilik akaun media sosial, sudah pasti saya tidak mahu memilikinya. Itu sahaja yang boleh saya katakana.