“Saya sentiasa merasakan kami seperti berada di dalam sebuah sarkas.” – Jordan Alexander Daripada Siri ‘Gossip Girl’ Baharu - Glam Malaysia

“Saya sentiasa merasakan kami seperti berada di dalam sebuah sarkas.” – Jordan Alexander Daripada Siri ‘Gossip Girl’ Baharu

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Barisan pelakon utama Gossip Girl, Jordan Alexander, Eli Brown dan Whitney Peak sempat berkongsi pengalaman mereka membintangi siri baharu ini yang akan ditayangkan bermula 8 Julai 2021 di HBO GO.

Siri drama remaja yang cukup popular sejak 2007, ‘Gossip Girl’ kembali semula dengan memperkenalkan generasi Upper East Side baharu dan segar. Peminat boleh menyaksikan tayangan perdana era baharu ini bermula 8 Julai 2021, secara eksklusif di HBO GO.

Generasi baharu ‘Gossip Girl’ akan menampilkan Jordan Alexander, Eli Brown, Thomas Doherty, Tavi Gevinson, Emily Alyn Lind, Evan Mock, Zion Moreno, Whitney Peak dan juga Savannah Lee Smith selaku teraju utama. Siri drama ini akan mengeksplorasi bagaimana media sosial dan latar kota New York telah berubah dalam tempoh masa sejak siri asal dirakamkan.

Whitney Peak, Eli Brown & Jordan Alexander

Ikuti temu bual bersama Whitney Peak, Eli Brown dan Jordan Alexander yang sempat berkongsi pengalaman mereka di set peggambaran ‘Gossip Girl’:

Boleh ceritakan mengenai keserasian anda semua di set penggambaran Gossip Girl ini?

Eli Brown: Fantastik! Kami semua menjadi kawan baik di set. Semua memberikan sokongan dan dorongan antara satu sama lain. Pada saya ianya sangat penting terutamaya untuk siri ini. Ada beberapa pelakon veteran, dan juga pelakon baharu. Untuk rancangan yang telah menciptakan fenomena seperti ini, sangat penting mempunyai sekumpulan rakan seperjuangan seperti ini.

See also
TUMI Perkenalkan Semula Bagasi Voyageur, Menggunakan Bahan Kitar Semula

Whitney Peak: Sudah tentu. Kami sangat bertuah kerana semua antara mereka saling sayang menyayangi. Kami juga mempunyai perasaan hormat dan mengagumi antara satu sama lain yang memudahkan kami untuk bekerja bersama. Kami saling meminta tolong dan membuat masing-masing berasa selesa dalam apa jua situasi. Kamu tidak mahu bekerja selama 15 jam sehari bersama orang yang kamu berasa tidak selesa. Kami cukup bertuah dalam perihal itu.