Use your ← → (arrow) keys to browse
Perkara ini timbul setelah pengasas J-Lo Beauty ini dikritik kerana berkongsi foto anak perempuannya, Emma sedang menangis di Instagram Story. Ia dimuat naik setelah tersebarnya berita perpisahan penyanyi itu bersama A-Rod.
Menerusi hantaran tersebut, Emma dilihat sedang teresak sambil memeluk bapanya, Marc Anthony ketika membuat panggilan Facetime bersama penyanyi berusia 51 tahun itu.
“Apabila mereka sedih dan momma daddy berada di sisi #coconut. Ibu sayangkan kamu! Sangat bangga dengan kamu,” tulisnya.
Ramai peminat mengaitkan hantaran tersebut dengan berita perpisahan ini kerana kedua-dua keluarga tersebut telah menjadi sangat rapat sejak pasangan ini bertunang. Malah anak-anak J-Lo, Emma dan Max juga bergaul mesra dengan kesemua cahaya mata A-Rod.
J-Lo dan Alex mengikat tali pertunangan pada Mac 2019 setelah dua tahun mengenali hati budi masing-masing. Setelah dua kali menunda perkahwinan disebabkan pandemik Covid-19, pasangan ini membatalkan rancangan perkahwinan mereka setelah J-Lo terinspirasi dengan kehidupan pelakon veteran, Goldie Hawn dan Kurt Russell yang telah bersama selama berdekad-dekad namun tidak pernah berumah tangga.