Use your ← → (arrow) keys to browse
Dua hari lalu tular berita perpisahan power couple, Jennifer Lopez dan Alex Rodriguez sebelum pasangan ini tampil menafikan perkara tersebut.
Lopez dan Rodriguez memberi kenyataan bahawa berita tersebut tidak tepat dan mereka kini sedang dalam fasa memperbaiki perhubungan.
Ini membuatkan peminat percaya bahawa J-Lo sengaja memalsukan masalah perhubungannya untuk mempromosikan filem terbaru, Shotgun Wedding. Sewaktu berita itu tular, dia sedang menjalani penggambaran filem itu di Republik Dominika.
Spekulasi tersebar di media sosial bahawa pasangan ini cuba mencari publisiti untuk diri mereka. “Jen sendiri yang menyebarkan cerita palsu ini. Dia dan A-Rod masih bersama,” seorang peminat menulis.
“Ini publisiti yang besar untuk filem terbarunya. Siapa yang mengeluarkan kenyataan bahawa ‘mereka sedang menyelesaikan beberapa isu yang timbul?’ Sah ini berita palsu,” tulis seorang lagi netizen. Ramai peminat mempersoalkan kesahihan berita ini dan menyatakan ia lakonan semata-mata.