Punca Penceraian Jennifer Lopez & Ben Affleck Selepas Dua Tahun Membina Mahligai
Jennifer Lopez dan Ben Affleck telah berpisah secara rasmi, menurut rekod pada doket Mahkamah Tinggi Los Angeles.
Jennifer Lopez memfailkan penceraian perkahwinan dua tahun mereka di Los Angeles pada hari Selasa. Pada hari yang bertepatan dengan ulang tahun majlis perkahwinan mereka yang ditetapkan di Riceboro, Georgia pada 2022. Perpisahan itu berlaku selepas laporan mereka berdua telah tinggal berasingan, Jennifer membatalkan percutian musim panasnya untuk menghabiskan masa bersama keluarganya.
Jennifer Lopez & Ben Affleck Berpisah Selepas Dua Tahun Berkahwin
Perpisahan mereka menandakan satu lagi kisah cinta antara dua bintang yang telah menjadi tumpuan selama beberapa dekad. Perkahwinan Jennifer Lopez dan Ben Affleck terjalin lebih daripada 20 tahun selepas mereka pertama kali bertemu di set komedi “Gigli,” di mana mereka memainkan watak penjenayah yang terjebak di tempat kerja bersama dan menjalin persahabatan sebenar yang akhirnya bertukar menjadi hubungan.
Pasangan itu cuba untuk menyemarakkan semula percintaan mereka pada 2021 selepas membuat keputusan berpisah pada 2004. Mereka mendaftar perkahwinan pada Julai 2022 dan disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis tradisional di Georgia pada 20 Ogos.
Bagaimanapun pada awal tahun ini, keretakan rumah tangga mereka dihidu peminat kerana tidak lagi dilihat bersama di tempat awam selama lebih sebulan.
Terdapat sumber mengesahkan kepada People bahawa perkahwinan Ben dan Jennifer sememangnya bermasalah dan mereka menjalani kehidupan secara berasingan. Ibu kepada dua cahaya mata itu juga menyambut ulang tahun kelahirannya bulan lalu tanpa Ben di sisi.
Satu sumber memberitahu akhbar The Sun tentang satu lagi punca perceraian mereka. “Jennifer dan Ben sudah berakhir. Mereka tidak serasi. Tiada perubahan walaupun selepas 20 tahun. Ben dan alkohol tidak dapat dipisahkan, Jennifer pula hidup sebaliknya. Langsung tidak minum arak atau merokok.”
Ada juga sumber menjelaskan Lopez adalah orang yang memfailkan kerana dia dikatakan ‘sudah penat menunggu.’
“Jennifer Lopez berusaha keras untuk mempertahankan mahligai mereka, tetapi hatinya hancur. Anak-anak adalah keutamaan seperti yang selalu berlaku.”
Teman rapat menjelaskan Lopez sudah bersedia untuk melangkah ke hadapan daripada Affleck, sambil berkata, “Dia sangat kecewa dan sedih, tetapi Ben tidak menunjukkan sebarang tanda bahawa dia mahu meneruskan perkahwinan mereka.”
Pasangan itu telah menghadapi khabar angin mengenai perpisahan mereka sepanjang musim panas ini dan telah menghabiskan sebahagian besar tiga bulan terakhir di pantai yang berlawanan.”
Bagaimanapun ada juga spekulasi yang mengatakan bahawa perceraian mereka disebabkan oleh privasi dan kemasyhuran. Jennifer gilakan perhatian umum dan media manakala Ben pula sebaliknya.
Perceraian ini menandakan berakhirnya perkahwinan keempat Jennifer, manakala yang kedua buat Ben.