Use your ← → (arrow) keys to browse
Bintang Step Up, Jenna Dewan jarang bercakap secara terbuka mengenai isu yang berkaitan dengan bekas suaminya, Channing Tatum.
Namun ketika menjadi tetamu podcast Dear Media baru-baru ini, Jenna berkongsi kesukaran mengendalikan cahaya mata sulungnya, Everly yang baru dilahirkan tanpa kehadiran Channing di sisi.
Selepas beberapa minggu melahirkan Everly pada 2013, pelakon ini perlu kembali bekerja dan terpaksa membawa bayinya melakukan perjalanan jauh.
Dia mengakui tidak mendapat sokongan mahupun bantuan daripada Channing kerana bekas suaminya itu juga terikat dengan jadual yang padat.