Use your ← → (arrow) keys to browse
Jean-Victor menjadi ahli lembaga pengarah syarikat pada 2012 ketika berusia 25 tahun, menggantikan kerusi neneknya. Ini menjadikannya sebagai pengarah termuda dalam syarikat awam di Perancis. Le Journal du Dimanche melaporkan dia memperolehi pendapatan tahunan sekitar RM280,000 hingga RM510,000 menerusi jawatan yang disandang.
Jean-Victor diketahui mempunyai hubungan yang rapat dengan Liliane dan sering bertindak sebagai pengantara buat ibu dan neneknya yang dilaporkan tidak mempunyai hubungan yang baik. Pada 2011, Francoise mendapat kawalan penuh terhadap aset dan kekayaan Liliane daripada mahkamah disebabkan tahap kesihatan tubuh dan mental ibunya yang semakin merosot.