Use your ← → (arrow) keys to browse
“Masih banyak perkara yang perlu dilakukan dalam filem ini untuk menghidupkan skop penuh mengenai apa yang dialami mangsa. Jelas, pembikin filem dan saya tidak sependapat dalam visi kreatif,” ujarnya.
Namun katanya dalam satu kenyataan, dia mempercayai dan memberi sokongan penuh terhadap wanita-wanita yang menjadi mangsa. “Kisah mereka seharusnya disebarkan dan didengari.”
Kedua-dua selebriti ini juga tidak sependapat mengenai gerakan Time’s Up. Walaupun Oprah merupakan penyokong organisasi itu dan pernah menyumbang sebanyak RM2 juta untuk memerangi isu gangguan seksual di tempat kerja, Rose sering menyuarakan kepercayaan bahawa tindakan pengacara itu berdasarkan pada satu pembohongan.