INNSiDE by Melia Bangkok Sukhumvit, Ikon Baharu Kota Bangkok - Glam Malaysia
INNSiDE Bangkok

INNSiDE by Melia Bangkok Sukhumvit, Ikon Baharu Kota Bangkok

Bersempena ulang tahun #GLAM2Dekad tabun ini, GLAM terbang ke kota Bangkok untuk menikmati pengalaman penginapan di INNSiDE by Meliá Bangkok Sukhumvit yang berinspirasikan lokasi ikonik ibu kota Thailand. 

Thailand kini menyaksikan pembukaan hotel INNSiDE yang pertama. INNSiDE by Meliá Bangkok Sukhumvit menampilkan reka bentuk yang mencabar sempadan konvensional dengan kolam renang infiniti, ruang kerja intergrasi serta bar tapas Sepanyol. INNSiDE by Meliá Bangkok Sukhumvit yang dibuka pada Julai 2023 menyertai koleksi hotel urban yang unik ini di 14 negara lain. Rangkaian hotel ini direka untuk pengunjung yang sentiasa mahukan pengalaman mengujakan dalam gaya hidup moden, lebih-lebih lagi buat komuniti bisnes dan kembara.

Melia Bangkok

Berlokasi di pusat kawasan kejiranan On Nut yang trendy, hotel yang cutting-edge ini berhampiran dengan pengankutan awam seperti Nut BTS Skytrain, serta kafe, restoran dan aktiviti budaya Thai yang menyeronokan. Ia mempunyai 208 buah ruang penginapan yang menceduk inspirasi daripada beberapa landmark yang ikonik dan eksotik di sekitar Bangkok. Antaranya Chao Phraya River dan Wat Pho serta Wat Phra Kaew.

See also
Restoran Utara Di Armada Hotel, Serlah Ruang Dalaman Lebih Santai

LUZ Bangkok Tapas Bar pula menampilkan garis bentuk seperti Rama VII Bridge, selain dinding kaca grafik di restoran all-day dining di aras 31 membiaskan taman Sama Luang. Paling ikonik, kolang renang infiniti di aras bumbung menampilkan interpretasi kontemporari struktur Bhahman pada The Giant Swing.

Seni Bina Terbuka Signature

Melangkah masuk, pengunjung INNSiDE by Meliá Bangkok Sukhumvit dapat menikmati latar langit kota Bangkok. Ia terletak di aras 32 yang menampilkan ruang co-working yang terbuka. Pelbagai acara sosial dan korporat yang eksklusif boleh dijalankan di ruang-ruang kreatif dan mesyuarat serta bilik multi-fungsi. Seperti Big Ideas Space yang menjadi signature jenama INNSiDE di seluruh dunia.

Sudah pasti, tarikan utama hotel gaya hidup urban ini adalah kolam renang infiniti yang mempunyai dua aras. Lebih menarik, ia menampilkan kaca lut-cahaya pada dasar kolam renang yang boleh dilihat terus dari aras bawah bersama bar kolam renang yang menjadi tiara kepada aras 34 di bumbung hotel ini.

See also
Hotel Dengan Hospitaliti Terbaik

Cita rasa Thailand terus menjadi lanskap gastronomi utama yang boleh didapati di The Kites Thai Eatery. Ia meraikan sajian tempatan yang boleh didapati di seluruh negara. Di sini, pengunjung boleh menikmati sajian yang menggunakan bahan-bahan berkualiti daripada ladang lokal.

Open Living Lounge yang menampilkan kafe dan bar lobi yang diintergrasi di aras 32 pula bersama ruang co-working yang eksklusif. Pengunjung boleh mendaparkan kopi barista dan pastri sarapan pagi, minum petang Sepanyol, dan makanan Thai dan Barat.

Ruang Penginapan INNSiDE by Meliá Bangkok Sukhumvit

INNSiDE by Meliá Bangkok Sukhumvit mempunyai lapan kategori ruang penginapan untuk menyempurnakan percutian setiap pengunjung. Antaranya INNSide Room King, Room Twin, Connecting Room, Room King City View, Room Twin City View, The Townhouse, The Townhouse City View dan The Townhouse 2-Bedroom. Setipa satunya menampilkan seni rekaan yang segar dan elemen kebudayaan Thai yang tersendiri. Setiap ruang mempunyai meja kerja dan tilam DreamMaker yang cukup selesa selepas seharian mengeksplorasi sekitar Bangkok.

See also
Staycation Tengah Kota Mengasyikkan

Setiap bilik juga dilengkapi dengan minibar percuma, perkakasan mandian organik, dan tikar yoga natural. Selain televisyen 50-inci, Wi-Fi dan soket pengecasab USB. Lebih menarik, ruang penginapan di aras atas juga diserikan dengan pemandangan kota Bangkok yang ikonik.

Hanya 30 minit daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi dan berdekatan dengan pusat konvensyen terbesar Bangkok, BITEC. INNSiDEINNSiDE by Meliá Bangkok Sukhumvit juga mempunyai gimnasium dan servis concierge 24-jam. Dalam mengangkat kelestarian alam sekitar, hotel ini juga tidak lagi menggunakan bahan plastik sekali-guna.  Kini, rangkaian INNSiDE by Meliá terbaharu ini menampilkan botol kaca kitar semula untuk air minuman. Ini sebahagian daripada usaha mereka membantu menyelamatkan Bumi.

 

Baca lebih lanjut: Sririta Jensen: Berbudi Tanpa Batasan