Use your ← → (arrow) keys to browse
Duke dan Duchess of Sussex juga telah melabur dalam The People’s Vaccine Alliance menerusi yayasan mereka, Archewell Foundation demi menjamin akses vaksin yang adil untuk negara berpendapatan rendah dan sederhana.
Pasangan itu telah lama menjadi penyokong tegar kepada akses vaksin global malah pernah bercakap mengenainya sewaktu membuat penampilan di konsert amal Global Citizen Live tahun lalu.
Mereka juga pernah menulis surat terbuka kepada pemimpin yang menghadiri sidang kemuncak G20 Oktober lalu dan meraikan ulang tahun kelahiran cahaya mata pertama, Archie dengan menggandakan jumlah sumbangan yang berjaya dikutip untuk pembelian vaksin buat negara kurang berkemampuan.