Ini 5 Pusat Beli Belah Baru Untuk Diterokai Tahun 2025
Dalam dunia gaya hidup dan hiburan yang semakin kompetitif, tahun 2025 membawa nafas baharu kepada pengalaman membeli-belah di Malaysia.
Deretan pusat beli-belah baharu bukan sahaja memperkenalkan jenama dan konsep segar, tetapi turut menambah pilihan destinasi untuk keluarga dan para pembeli. Dengan reka bentuk moden, ruang hijau terintegrasi serta pengalaman kurasi yang lebih tersusun, inilah lima pusat beli belah baharu yang mendapat perhatian tahun ini.
1. Sunway Square Mall, Sunway City Kuala Lumpur
Dibuka pada 11 Disember 2025, Sunway Square Mall bakal menjadi tarikan baharu dengan konsep gaya hidup moden dan santai. Menawarkan gabungan hiburan, runcit dan ruang komuniti, mall ini menempatkan penyewa seperti Village Grocer, TGV, BookXcess yang boleh diakses 24 jam dan pelbagai pilihan F&B yang sesuai untuk keluarga dan golongan muda.
2. KLGCC Mall, Bukit Kiara, Kuala Lumpur
Terletak dalam kawasan golf eksklusif Bukit Kiara, KLGCC Mall membuka pintunya pada Oktober 2025. Pusat beli belah ini menampilkan pengalaman beli-belah premium seperti Jaya Grocer Signature, butik gaya hidup serta ruang makan berkualiti tinggi, menjadikannya destinasi baharu untuk penduduk Kiara dan Mont Kiara.
6. Elmina Lakeside Mall, Shah Alam
Walaupun baru dibuka pada akhir 2024, Elmina Lakeside Mall menjadi antara fokus utama tahun 2025 kerana konsepnya yang unik iaitu pusat beli-belah berintegrasi dengan tasik dan taman hijau. Rekaan terbuka, ruang santai tepi tasik dan kedai makan dan pakaian yang pelbagai menjadikannya destinasi gaya hidup yang semakin popular di Shah Alam.
8. Pavilion Damansara Heights (Fasa 2)
Fasa kedua pembangunan Pavilion Damansara Heights memberikan suntikan baharu kepada kawasan ini dengan penambahan kedai-kedai premium, restoran mewah dan jenama antarabangsa. Apabila siap, ia bakal menjadi salah satu destinasi membeli-belah paling eksklusif di Lembah Klang.
9. Hextar World @ Empire City Damansara Mall
Projek ini dijangka menjadi pusat beli-belah utama di kawasan Damansara dengan konsep moden berskala besar. Hextar World menawarkan gabungan hiburan, gaya hidup dan kedai yang menyasarkan keluarga serta golongan profesional bandar, sekali gus menghidupkan semula kawasan Empire City.
Artikel Berkaitan: 5 Best Matcha Dessert Di Lembah Klang Buat Anda Ketagih
Maya Kusuma
Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.

