Ini 5 Destinasi Road Trip di Malaysia Yang Wajib Masuk Bucket List!

Ini 5 Destinasi Road Trip Menarik di Malaysia Bersama Keluarga!

Malaysia bukan sahaja kaya dengan budaya dan makanan, tetapi juga antara negara paling seronok untuk road trip.

Dari pantai ke hutan, dari kampung ke bandar, setiap laluan membawa cerita dan pengalaman tersendiri. Kalau anda sedang mencari idea untuk percutian ringkas, ini 5 destinasi road trip terbaik di Malaysia yang pasti buat anda jatuh cinta.

1. Cameron Highlands, Pahang

Perjalanan ke Cameron Highlands sentiasa menjadi kegemaran ramai. Laluan berliku ke puncak dikelilingi pokok-pokok tinggi, bau tanah segar dan udara sejuk yang menyapa bila tingkap kereta dibuka. Sampai saja, anda boleh singgah di ladang teh, pasar pagi, kebun strawberi atau kafe-kafe comel untuk teh panas. Suasana tenang di Cameron menjadikan ia destinasi healing yang sempurna.

2. Pantai Timur (Kuala Terengganu – Marang – Cherating)

Jika anda sukakan pemandangan pantai, perjalanan di Pantai Timur sangat memuaskan. Berhenti dan letakkan kereta di tepi jalan cantik sambil makan keropok lekor panas dan nikmati angin laut yang kuat. Laluan ini membawakan keistimewaannya tersendiri seperti di Kuala Terengganu penuh dengan budaya, di Marang terkenal dengan pulau-pulau jernih, dan di Cherating pula sesuai untuk papan luncur dan lokasi melihat matahari terbenam.

See also
Britney Spears & Suami Berpisah Selepas Setahun Berkahwin

3. Ipoh, Perak

Hanya 2 jam dari KL, Ipoh ialah destinasi ideal untuk perjalanan singkat hujung minggu. Laluan ke bandar ini penuh pemandangan bukit batu kapur yang unik. Sampai saja di pekan, anda boleh meneroka bandar lama, kafe-kafe hipster, street art, dan menikmati mee kari Ipoh, kuih pau di Kedai Kopi Nam Heong dan Ipoh white coffee antara makanan ikonik di sini.

4. Kundasang – Ranau – Kota Kinabalu, Sabah

Untuk road trip epik di Borneo, laluan Kundasang ke Ranau wajib dicuba. Jalan berliku di kaki Gunung Kinabalu diselubungi kabus pagi dan udara sejuk seperti luar negara. Anda boleh singgah di Desa Dairy Farm, Luanti Fish Spa, Hotspring Poring atau ladang sayur di kaki gunung. Pemandangan gunung yang megah menjadikan setiap kilometer berbaloi.

5. Pulau Langkawi, Kedah

Walaupun terkenal sebagai pulau, Langkawi adalah antara tempat paling seronok untuk island road trip. Set kereta sewa dan mulakan perjalanan ke Pantai Cenang, Pantai Kok, Telaga Tujuh, Datai Bay atau lokasi makanan laut di tepi jalan. Laluan di Langkawi sangat luas, santai dan penuh pemandangan hijau serta laut biru.

See also
Pengamalan Air Lemon Pada Waktu Pagi, Mitos Atau Kebenaran Kesihatan?

Artikel Berkaitan: Samujana Destinasi Mewah Terakhir White Lotus Di Koh Samui

Maya Kusuma merupakan penulis di GLAM Malaysia. Penulisannya menjelajah dunia gaya hidup moden dan mewah, berkongsi kisah personaliti terkenal serta menyentuh aspek fesyen dan kecantikan.