Use your ← → (arrow) keys to browse
Tujuh tahun melayari bahtera rumah tangga, Nad Zainal mengesahkan sudah bercerai dengan suaminya, Muhammad Faliq Amiruddin baru-baru ini.
Khabar duka itu mengejutkan banyak pihak memandangkan Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin tidak pernah berkongsi sebarang masalah rumah tangga kepada umum.
Bagaimanapun, spekulasi perceraian mereka tular beberapa hari lalu apabila netizen menyedari semua foto Faliq telah pun dipadam dari akaun Instagram pelakon itu.