“Ia Satu Perjalanan Aneh” - Christina Applegate Dedah Masalah Kesihatan - Glam Malaysia
“Ia Satu Perjalanan Aneh” - Christina Applegate Dedah Masalah Kesihatan

“Ia Satu Perjalanan Aneh” – Christina Applegate Dedah Masalah Kesihatan

1 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

Satu persatu berita buruk dikongsi di sosial media kebelakangan ini. Kala dunia terbeban dengan peningkatan kes Covid-19 yang mengorbankan banyak nyawa, Christina Applegate mendedahkan satu berita duka mengenainya.

Menerusi satu ciapan di Twitter, Christina mengesahkan dia kini menghidap penyakit multiple sclerosis atau sklerosis berbilang.

Pelakon Dead To Me ini didiagnos menghidap penyakit saraf itu beberapa bulan lalu dan mengakui ia sesuatu yang sukar buatnya.

“Ia satu perjalanan aneh. Tetapi saya mendapat sokongan daripada ramai orang yang turut menghidap penyakit sama. Ia sesuatu yang sukar. Namun perjalanan hidup perlu diteruskan. Melainkan ada yang menghalangnya,” tulisnya.