Use your ← → (arrow) keys to browse
Lebih dua tahun menjalin ikatan cinta, perhubungan Dua Lipa dan Anwar Hadid dikatakan ibarat retak menanti belah.
Dua dan Anwar yang merupakan seorang model mula dikaitkan buat kali pertama pada tahun 2019 dan sejak itu pasangan ini bagaikan tidak boleh dipisahkan.
Mereka menghabiskan kebanyakan masa bersama dan sering berkongsi momen romantis berdua di laman sosial.
Namun menurut satu sumber, perhubungan mereka dilanda badai ketika ini disebabkan tekanan kerjaya dan jadual masing-masing yang padat.