Use your ← → (arrow) keys to browse
“Ketika di hotel, saya bercakap dan hidup seperti Patrizia. Ketika di set penggambaran juga begitu. Pernah sekali saya keluar berjalan kaki untuk mengambil angin di Itali sambil memakai topi. Saya sangkakan saya berada di lokasi penggambaran!,” ujarnya.
Walaupun tidak mengetahui adakah dirinya dan Patrizia akan bertentang mata suatu hari nanti, Gaga meminjamkan semangatnya buat dua cahaya mata Maurizio, Allegra dan Alessandra.
“Saya pasti tayangan filem ini adalah sesuatu yang sukar buat mereka. Saya tidak mengharapkan apa-apa selain ketenangan hati buat mereka berdua. Saya telah mencuba yang terbaik untuk menjayakan watak ini.”
House Of Gucci bakal menemui penonton pada 24 November ini.