HIMPUN - Proudly Made by Malaysians

HIMPUN – Proudly Made by Malaysians

Usaha mengangkat produk tempatan semestinya dekat dihati rakyat Malaysia. Dan dalam usaha mengetengahkan jenama lokal ke peringkat global, satu usaha sama di antara Malaysia Airports and Malaysia Development Center (DDEC) sekali lagi bergabung melancarkan  HIMPUN – yakni  peruncitan yang menampilkan khazanah fesyen, produk kecantikan, kraf tradisional dan makanan tempatan t di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Berlabuh megah di pintu masuk utama KLIA, HIMPUN menampilkan perspektif budaya yang unik melalui pelbagai aktiviti, persembahan dan barisan produk tempatan. Para tetamu tempatan dan antarbangsa boleh menikmati nama-nama jenama tempatan seperti The Chocolate Concierge, butik coklat artisanal yang mengkhususkan diri dalam produk koko asli Fugeelah, jenama perhiasan; Frankitas, pembuat aksesori yang mengilhamkan warisan; Saarat, jenama fesyen dan tekstil yang sarat dengan unsur-unsur tradisional serta SO.LEK, sebuah syarikat kosmetik dan kecantikan tempatan. Sebagai menggandakan lagi keseronokan membeli-belah, HIMPUN turut mempamerkan persembahan dan mengadakan aktiviti yang dikhaskan kepada tetamu dari semua peringkat di sepanjang tempoh kempen. Ini termasuk membuat Tanjak, sebuah hiasan Melayu tradisional untuk lelaki, tenunan Songket, dan paparan fesyen tersohor tanah air seperti FiziWoo, Calvin Thoo, Zubaidah Sual, dan Yayasan Tunku Nur Zahirah.

See also
GLAM PROFIL: YINN OOI

Tanoti

Kempen yang berlangsung selama sebulan,  bermula pada 18 September hingga 13 Oktober 2019  ini menjadi perintis kepada pembukaan butik  berkonsepkan Malaysia Airports of Sense of Malaysia (SOM) yang dijadualkan dibuka di semua lapangan terbang antarabangsa di Malaysia pada tahun 2020 – KLIA, Lapangan Terbang Antarabangsa Penang (PEN) Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (BKI), Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KCH).

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

Persembahan Tarian daripada SK Pelabuhan Utara Klang