Use your ← → (arrow) keys to browse
Selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, Henry Golding dan isteri, Liv Lo selamat menimang cahaya mata pertama yang dilahirkan pada 31 Mac lalu.
Berita itu dikongsikan oleh Henry sendiri menerusi satu hantaran di Instagram. Dia memuat naik satu foto dirinya sedang tersenyum gembira sambil menatap wajah anaknya yang sedang berada dalam dakapan Liv.
“Wanita ini, melebihi segala-galanya yang saya bayangkan. Kekuatannya membawa kegembiraan terbesar buat kami. Terima kasih, saya cintakan kamu,” tulisnya.
Baru lima jam dimuat naik, hantaran tersebut telah pun mendapat hampir 200,000 likes berserta ucapan tahniah daripada peminat dan rakan selebriti antaranya Olivia Munn, Yuna dan Will Yun Lee.
Namun, pelakon Malaysia yang mencipta nama di Hollywood itu tidak berkongsi sebarang maklumat terperinci mengenai anaknya kepada umum, termasuk jantina.