Use your ← → (arrow) keys to browse
Semalam di Venice Film Festival ke-67 tampilnya barisan pelakon filem ‘Don’t Worry Darling’ seperti Olivia Wilde, Harry Styles, Chris Pine, Florence Pugh dan ramai lagi. Namun, pelbagai insiden tidak kena telah berlaku sewaktu mereka ini di sana. Apakah yang terjadi?
Tengah malam tadi (waktu Malaysia) kecoh apabila sebuah video pendek penuh kontroversi telah tersebar luas di mana Harry Styles dililhat seperti ‘meludah’ Chris Pine. Walau filem ‘Don’t Worry Darling’ sendiri sudah cukup ‘drama’ untuk diperkatakan, namun di Venice Film Festival yang sedang berlangsung kini, menjadi bertambah dramatik apabila barisan pelakon filem ini berada di sana semalam.
Sepuluh kali kami mengulangi menonton video kontroversi itu, namun masih ragu-ragu adakah benar Harry Styles melakukan sedemikian? Di dalam video tersebut, kelihatan Styles seakan meludah dengan gerakan mulut seakan menunjuk ‘puh’ ke arah Chris Pine. Sejurus aksi itu terjadi, Pine langsung menoleh ke bawah arah pehanya beberapa saat seperti terkejut dengan apa yang terjadi langsung menggeleng kepalanya namun masih kekal tersenyum.