Use your ← → (arrow) keys to browse
Harnaaz berjaya menawan hati para juri dan penonton dengan karisma dan kepintaran yang dimilikinya pada malam penutup Miss Universe 2021.
Dia memberi persembahan terbaik menerusi semua kategori pertandingan termasuk segmen baju renang dan peragaan gaun malam.
Jawapan bijak mengenai ‘tekanan gadis muda’ yang diberikannya semasa sesi soal jawab Top 3 berjaya menawan hati juri, sekali gus menyumbang kepada kemenangannya.
Sebagai Miss Universe 2021, Harnaaz akan berpangkalan di New York City, Amerika Syarikat dan mewakili pertubuhan itu selama setahun.